Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1Malaysia.
sekadar ingin berkongsi satu hadis yang dipetik dari sini.
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
(pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
(kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
saya bukan lah seorang alim ulamak atau ustaz, saya hanyalah insan biasa yang kadang-kadang leka, alpa, cuai, lupa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
sejak berkawan dengan geng-geng masjid ni, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai solat berjemaah bersama-sama. Bukan lah untuk riak atau menunjuk-nunjuk, tapi saya merasakan ini sebagai satu perasaan yang wujud yang saya sendiri tidak pernah alami.
mungkin disebabkan faktor rakan sekerja, persekitaraan saya disini, saya agak berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab harian saya kepada Allah s.w.t.
saya merasakan diri saya ini masih belum lengkap lagi. InsyaAllah, dikesempatan ini, saya berazam untuk tidak akan meninggalkan kewajipan dalam menunaikan solat 5 waktu. Amin.
No comments:
Post a Comment
Sekadar memberi pandangan. Tak perlulah nak baling batu sorok tangan. Perkenalkan diri.