Monday, November 16, 2009
nak glomour jgak!!
Sunday, November 15, 2009
Aina Suzaily dinobat juara Penyampai Ikon 2009
15 Nov 2009
MAZNAH Rais menyampaikan hadiah kepada Aina Suzaily M. Zailanny, johan pertandingan Penyampai Ikon 2009 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.Menonjolkan keyakinan diri yang tinggi dalam menyampaikan dua tugasan, sebagai penyampai berita dan laporan lokasi tentang gempa bumi di Padang, Indonesia, membolehkan Aina Suzaily membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 serta wang tunai RM6,000.
Beliau turut menerima sijil penyertaan daripada Institut Akhbar Malaysia (IAM) dan trofi yang disampaikan oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais.
Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.
Pencabar terdekat, Siti Aisyhah Baslie, 24, dari Kuching, Sarawak, bagaimanapun hanya berpuas hati di tempat kedua dengan menerima hadiah berupa wang tunai RM4,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.
Tempat ketiga, milik peserta dari Perak, Khairul Faizi Dalaiil, 23, yang memenangi hadiah berupa wang tunai RM2,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.
Tiga lagi peserta yang turut memberikan saingan ialah Beatrice Khrishnan, 23, Mohamed Shahril Sarapudin, 21, dan Hazel Desmond, 26.
Juri pada pertandingan itu ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga ketua juri, Ketua Pegawai Eksekutif IAM, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.
"Saya gembira dengan kemenangan ini, tidak dijangka kerana semuanya memberi saingan sengit, tetapi ini adalah keputusan juri profesional.
"Sebenarnya, saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan tanpa restu ibu bapa, saya tidak mungkin akan menyertai program ini" katanya ketika ditemui selepas program itu.
Enam peserta akhir Penyampai Ikon adalah antara 17 peserta rancangan itu yang disenarai pendek daripada lebih 6,000 peserta yang hadir di peringkat uji bakat.
Mereka turut menjalani pengajian di Kolej Penyampai Ikon dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 12 Ogos lalu.
Konsultan persembahan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Yusanani Yushak bertindak sebagai pengetua Kolej Penyampai Ikon serta penerbit eksekutif program tersebut.
Sementara itu, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Normazalina Mohd. Nor bertindak sebagai pembantu serta penyelia Kolej Penyampai Ikon.
Majlis yang disiarkan secara langsung di TV2 itu diserikan dengan persembahan daripada peserta Penyampai Ikon serta artis undangan, Lan and The Typewriter, Alyah dan Dayang Nurfaizah.
Tuesday, November 10, 2009
hobin jang hobin.. apa benda tu?



gambar dibawah ini menunjukkan situasi di stadium malaysia dan di bawahnya pula ketika saya melawat stadium di Cardiff, Wales England semasa saya berumur 19 tahun 6 bulan.
nampakkan perbezaannya. tidak hairan la kalau di obersea tu, jaring penghadang tidak sekali digunakan. malah, jarak antara padang dengan penonton hanyalah beberapa meter sahaja. sebab ape yek?
mentaliti la. jang oh jang, moh kita pi karaokey. bosoon doh asik ngadap buku jer.
ps: mentaliti atau mental?
pss: selamat hari jadi UPNM yang ke-3.
Sunday, November 8, 2009
potong stim!
salam squad.
atas permintaan ramai.. nak sangat tengok hewan mengawan kan..
hangpa stim ka..? yang cicak tu disumbangkan oleh huda dan adawiyah. credit to them.. haha.. yg monyet tu, time aku godek2 blog org terjumpa pulak tp lupa nak state dari mana..
ok la, berbalik kepada topik kali ni bertajuk potong stim.
dia datang, dengan lenggang lengguk nya..
alkisah, kami sedang bercengkerama kat library(standard budak u la.. kalo study, mesti adanye mulut berpokpek pokpek nak hilangkan tension). datang la si dia ni.. dengan ayunya, berbaju hijau terkoisss dan berseluar jeanss.. kami terus sambung study, sambil2 tu bincang soklan dan jawapan untuk exam. maklum la, org yg jenis study last minit mmg macam ni. azabbb..
lagi kawan dia datang. mungkin keje die kat tingkat 5. pun sama. baju hijau terkoiss dan kali ni pakai seluar warna hitam. tertulis di belakang baju terkoiss itu, konsortium ***** cleaner sdn bhd..
yenna.. org tengah syok2 study, dok pi vacum carpet lebry tu wat pe. dah la feeling2 cantek dan buat muka tak bersalah. hilang konsentrasi. potong stim btol la.. sume sumpah seranah. "....nyah, aku cadangkan ko vacum carpet lebry tu kul 12-1 " oppss tertiru kak senduk pulak. time tu sume berpusu-pusu nak pi makan. kawan2, jom makan kat cafe.
Thursday, November 5, 2009
no wonder, 2.4K visitor within 3hours..
salam squad.

hang pa xpercaya? tudiiiaaa.. melambung-lambung.. selagi takda bukti, slagi tu la xleh claim hadiah seperti yang dijanjikan..
takpetakpe.. dengan ini, saya mengishytiharkan sapa yang dpt no "22222" tu, cepat2 la hantar butiran-butiran yg diperlukan dengan segera. esok dan sabtu aku ada exammm.. tobat xnak bukak fesbuk dan blog..
kalo mcm ni, buat 100 000 pulak la.. hehe.. gile ke pe?

