Senarai nama yang akan berkhatan beramai-ramai pada musim luruh september ini..

Friday, March 9, 2012

Print Screen (apa2 pun) guna IPhone

Assalamualaikum w.b.t. dan sari berita utama.

Apa kabar semua? sihat? dah makan? kalo dah makan, ucaplah alhamdulillah dan syukur.

baiklah, mari kita ke tajuk utama hari ini iaitu print screen (PrtSc) apa-apa yang muncul di IPhone anda. mungkin ada yang dah tahu. mungkin ada yang belum mengetahuinya lagi. sebagai pengguna baru IPhone, saya kutip ilmu ini dari kawan-kawan yang sudah menggunakan IPhone sejak 2-3tahun yang lalu.

mungkin orang cakap Zamil Afiq ni kuno bebenor.. baru skrang nak guna semat fone.. lantak ko la labu.. kalo orang dah ada duit banyak, apa-apa pun dia nak belikan.. kankan..

mungkin juga ada orang cakap, dah basi la info ini. basi ke dah bekulat ke.. lantak pi la kan.. janji aku ada modal nak paparkan kat diari ini.

dah dah.. sembang nak lebat je kan.. jom jom..

cara-caranya adalah:
1. talakan jari anda pada butang menu.(prefer jari kiri)
2. talakan jari anda pada butang sleep/switch off(prefer jari kanan)
3. sekarang, tekan kedua-dua butang ini pada masa yang sama.
4. anda akan lihat flash cahaya putih pada skrin IPhone dan bunyi flash kemera kedengaran selepas itu.
5. cer check photo album. anda akan lihat, screen shoot yang anda print skrinkan itu. mudah kan..

ini lah contoh dia

seronok betul la pakai IPhone ni.. kenapa la aku xtau best mcm ni 3 tahun lepas..

ok lah.. ini sahaja waktu yang saya ada. saya mencuri masa antara waktu magrib hingga isyak ni semata-mata nak hupdate diari ini. jom solat isyak. biar saya pi azan pulak!!

No comments:

Post a Comment

Sekadar memberi pandangan. Tak perlulah nak baling batu sorok tangan. Perkenalkan diri.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin